Tentang Laman

Direktori Ebook Melayu menghimpunkan ebook-ebook yang ditulis dalam Bahasa Melayu samada berbayar di internet atau boleh dimuatturun secara percuma.

Direktori Ebook Melayu ini memudahkan pelayar internet memilih topik-topik ebook yang diminati atau bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masing-masing serta membelinya secara sah di internet. Sekiranya ebook tersebut diedarkan secara percuma oleh pengarang, direktori ini akan menyediakan pautan untuk memuatturun.

Adalah dimaklumkan, Direktori Ebook Melayu menjalinkan kerjasama affiliates dengan kebanyakan ebook-ebook yang dipromosikan.

Dari masa ke semasa, Direktori Ebook Melayu akan dikemaskini bagi memenuhi kehendak pasaran serta memastikan pasaran ebook melayu berkembang seiring dengan ebook-ebook dalam bahasa lain.

Bagi mewujudkan variasi, direktori ini turut menyediakan maklumat tentang ebook-ebook dalam Bahasa Inggeris yang dirasakan berguna untuk bacaan dan rujukan.

Sekiranya ada pengarang ebook yang mahu mempromosikan ebook mereka di Direktori Ebook Melayu dan menjalinkan kerjasama affiliate, adalah dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan tentang kerjasama affiliates, bolehlah menghubungi webmaster di contact form.